Tuesday, April 22, 2008

hemm

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang...
Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada !!
Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi. Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..SELALUNYA kita tdk menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita...oleh itu hargailah ianya sblm sglanya suda tlmbt

:: 170408 ::

aku sakit hati sangat sangat hari ini ...
dah hampir sebulan lebih tak jumpa ... tapi bila dah jumpa
lebihkan masa dengan tido n tv ...
bila aku tegur tak paham2
so apa lagi aku nak buat ...
aku rasa dah cukup amek berat kat dia tapi hakikat sebenarnya ..aku tak tahu apa2 pasal dia ...
memang ini salah satu kesusahan yang aku harus trima bila bercinta dengan suami orang ...
bukan aku rasa tiada indahnya ...
tapi tiada keseronokan bila semua adalah rahsia ...
cukup bagi aku jika hanya perhubungan ini rahsia ... tapi tidak tentang dia ...
aku hari hari memikirkan yang aku harus pergi sahaja dari dia .. tetapi kekadang aku rasa aku sayang sangat sangat kat dia ...
tapi kekadang aku rasa dia mcm melebihkan benda lain dari aku ..
x cukup ker dia da melebihkan famili dan kerjayanyaaaa
huh ... aku tension sgt sgt!!!

:: nota kaki ::
sedarkah engkau wahai lelaki ... sakitnya hati ini ....

Saturday, April 5, 2008

Bukan niat untuk membenci ...

aku terdiri dari golongan yang cepat membenci pada siapa sahaja aku tak suka... Sekali aku menjauhi kan diri dari sesiapa...selamanya aku akan membenci...dan sampai mati ...hati aku tak akan dapat menerima diri insan yang pernah aku benci tu ...

:: nota kaki::
aku tak sanggup nak membenci dirinya ... tapi ini semua kehendak dari dia ...

Larangan poligami kerana tamak


Poligami sangat sensitif kepada kaum wanita khususnya isteri pertama yang merasakan suami adalah hak mutlak mereka seorang, iaitu seorang suami hanya milik seorang isteri.

‘‘Saya terpanggil untuk berkongsi cerita dan memberikan pendapat berdasarkan kisah benar yang pernah dilalui oleh beberapa orang sahabat, dengan tujuan menyedarkan kaum wanita supaya kembali mengetahui keadaan sebenar, jangan terlalu tamak hanya memikirkan diri sendiri.

‘‘Saya cuba ketengahkan isu ini untuk dibincangkan bersama dengan semangat terbuka dan tidak emosional. Kerana kita sedia maklum tidak ada wanita yang sedia berkongsi suami. Tetapi kalau kita kembali kepada ajaran agama kita tidak akan berasa rugi, malah kita mengetahui mengapa Allah izinkan semua ini terjadi.

‘‘Mula-mula mari kita lihat sekeliling, apabila seorang suami mula menunjukkan minat terhadap wanita lain, maka dengan mudah suami ini akan dilabelkan sebagai lelaki miang, gatal, dan tidak sedar diri, sambil melabelkan wanita atau gadis lain yang ingin dinikahi oleh si suami tadi sebagai perosak rumah tangga orang.

‘‘Sebenarnya wanita lupa akan hak-hak yang telah nyata disebut di dalam al-Quran. Mereka juga lupa bahawa Allah telah menjanjikan ujian demi ujian terhadap hamba-hamba-Nya, lelaki atau perempuan untuk menguji darjah keimanan mereka.

‘‘Tetapi paling menghairankan, ketika kita mengajak kaum wanita dan lelaki memahami manisnya berpoligami atau berkahwin lebih dari satu maka keluarlah isu tentang hak-hak wanita diperjuangkan dan dilaungkan dengan bangga dan kuat sekali oleh kaum wanita lain menentang apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

‘‘Dengan mudah juga mereka akan melabelkan mana-mana suami yang ingin kahwin lagi sebagai mementingkan hawa nafsu dan diri sendiri sahaja dan tidak pernah menilai pengorbanan yang mereka lakukan seperti melahirkan zuriat, menjaga rumahtangga, membantu suami menambah ekonomi keluarga dan banyak lagi yang merupakan suatu kewajipan isteri.

‘‘Saya ingin bertanya, jika selama ini kaum wanita melakukan semua tugas itu yang merupakan kewajipan mereka dengan ikhlas ‘lillah hi taala’ adakah mereka mesti dibayar semula dengan satu kemestian atau jaminan bahawa suami mereka tidak boleh berpoligami?

‘‘Jika larangan berpoligami menjadi pegangan hidup golongan isteri pertama, maka mereka boleh dikategorikan sebagai orang yang mementingkan diri sendiri, apatah lagi jika mereka sering meminta diceraikan apabila suami ingin berpoligami.

‘‘Apakah wanita sudah lupa dengan hukum Allah yang melarang sama sekali isteri meminta cerai daripada suami kecuali dengan syarat-syarat yang dibolehkan seperti dianiayai atau sebagainya lagi? Dan adakah dengan bercerai anda boleh menjamin ketenangan hati dan kebahagiaan hidup? Kenapa harus bercerai sedangkan anda boleh mengutip banyak saham akhirat melalui perkahwinan?

‘‘Sekiranya isteri pertama tidak dapat menerima hakikat berpoligami maka ia adalah sama dengan menidakkan satu bahagian dalam agama Islam?

‘‘Seorang rakan baik saya pernah berkata... “Aku tak kisah kalau suami aku ada girlfriends keliling pinggang. Asalkan dia tetap balik kepadaku setiap malam. Bila saya tanya: “Bagaimana kalau suami awak jatuh cinta dan ingin berkahwin dengan salah seorang perempuan tersebut?” Dia menjawab: “Dia kena ceraikan aku dulu. Aku tak mahu poligami. Mudah saja.’’

‘‘Sebabnya, aku sudah banyak berusaha dan sudah letih membesarkan anak-anak dia, aku yang uruskan urusan rumah tangga, aku yang pergi bayar bil sana sini. Aku yang bersusah payah jadi senang macam ini. Jadi sekarang kenapa setelah senang dia nak kahwin lagi dengan mudah?”

‘‘Seorang lagi kawan dengan terus terang memberitahu, dia tahu suaminya ada hubungan luar dengan wanita lain, tapi dia tetap tak izinkan suaminya bernikah lagi, katanya, ‘‘Aku tak peduli berapa banyak dan berapa lama dia nak buat hubungan lain asalkan dia tak nikah satu lagi!”

‘‘Sementara seorang lagi kawan mempunyai prinsip yang lain. Katanya. ‘‘Suami aku boleh kahwin lagi, dengan syarat, isteri barunya mesti hormatkan aku sebagai isteri pertama. Setelah berkahwin, suamiku mesti lebih banyak duduk di rumah isteri pertama daripada isteri barunya, dan seperti yang dijanjikan isteri barunya tak boleh menentang permintaannya. Walaupun suaminya hanya dibenarkan kembali ke rumahnya dua hari dalam seminggu,’’ demikian antara kerenah dan permintaan isteri pertama ditakdirkan suaminya ingin berkahwin lagi.

‘‘Secara tidak langsung, isteri yang menentukan perjalanan kehidupan suaminya, bukan sebaliknya. Apakah ini benar dan dituntut oleh agama Islam? Bukankah suami sebagai ketua keluarga yang menentukan segala-galanya dalam hidup isteri-isteri dan anak-anaknya, bukan sebaliknya? Ini baru namanya suami sebagai ketua keluarga.

‘‘Bagaimanapun lebih pelik, kawan saya Zeky tetap tidak mengizinkan suaminya kahwin lagi, walaupun dia tahu suaminya bersekedudukan hingga melahirkan seorang anak. Katanya suaminya tidak bersalah, sebaliknya gadis tersebut yang sanggup membiarkan dirinya dinodai dan ditaburi janji kosong. Sebagai contoh suaminya tetap tidak menikahi gadis tersebut.

‘‘Akhirnya, si gadis terpaksa menyerahkan bayinya kepada orang lain, dan dia tinggalkan suami Zeky untuk membina hidup sendiri setelah lebih empat tahun bergelumang dengan dosa. Zeky bersorak gembira bila suaminya ditinggalkan kerana dia terlepas daripada dimadukan. Si gadis mengambil tindakan tersebut kerana suami Zeky tidak berani menikahinya.

‘‘Saya sering tertanya tak bolehkah semua pihak berkompromi, berbaik sangka, berterus terang dan jujur terhadap diri sendiri atau antara satu sama lain? Banyak suami apabila depan isteri pertama ‘pijak semut pun tak mati” tetapi di belakang dia menceritakan pelbagai keburukan dan kepincangan rumah tangganya kepada perempuan lain, semata-mata untuk menagih simpati sehinggakan menimbulkan rasa tidak hormat kepada isteri pertama.

‘‘Tidak sedarkah suami bahawa tindakan mereka sebenarnya menganiaya isteri pertama? Terdapat suami yang berkongsi pendapatan dengan isterinya sama ada menjalankan perniagaan atau apa saja, sanggup menyorokkan hakikat yang dia mempunyai keinginan untuk berumah tangga lagi sambil merahsiakan isteri barunya kerana takut terputus punca ekonomi.

‘‘Wahai suami tidak sedarkah anda, tindakan menyimpan wanita lain untuk dijadikan alat memuaskan nafsu adalah menganiaya wanita tambahan pula jika anda tidak berniat menjadikannya isteri semata-mata kerana takutkan isteri pertama.

‘‘Jadilah suami bertanggungjawab dan jujur dengan mengemukakan hasrat untuk beristeri lebih daripada satu kepada isteri pertama. Ceritalah dengan ikhlas. Malangnya tidak ramai suami berani bercerita dengan jujur apatah lagi apabila diugut cerai oleh isteri pertama.

‘‘Setiap pihak mempunyai sebab mereka tersendiri untuk berpoligami. Pada pandangan saya ‘talak’ itu terletak di tangan suami. Ketua keluarga adalah lelaki. Suamilah yang sepatutnya sentiasa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan sama ada ilmu agama mahupun dunia dan mempraktikkan ilmu tersebut demi mencapai keharmonian dalam rumah tangga.

‘‘Sama ada isteri pertama membenarkan suami berkahwin lebih dari satu atau tidak, hakikatnya agama membenarkan hak tersebut ke atas suami. Bagaimanapun hak tersebut datang bersama tanggungjawab yang seharusnya dipraktikkan dengan seadil mungkin kepada semua yang terlibat.

‘‘Jika suami sayangkan perkahwinan yang dibina berdekad-dekad lamanya dengan isteri pertama, kenapa mesti melafazkan talak tersebut dengan mudah apabila diminta berkali-kali?

‘‘Kenapa dengan mudah menggunakan alasan dayus jika tidak memenuhi permintaan isteri pertama? Adakah itu semua alasan supaya senang untuk berkahwin lain? Sebelum cerai diterima sebagai suatu takdir, tidak bolehkah si suami memikirkan bahawa tindakan mereka nanti akan hanya mendatangkan suatu penganiayaan terhadap kaum wanita dan meramaikan lagi jumlah ibu tunggal?

‘‘Sebenarnya suamilah yang boleh mencorakkan kehidupan dua atau tiga rumah tangga yang dibina. Isteri-isteri yang berkongsi suami harus bersedia menerima perkongsian itu dengan berkompromi.

‘‘Pokoknya, jika semua pihak kembali kepada landasan agama dan mengambil kira aspek emosi, rohani, fizikal dan keperluan minda pasangan mereka, alangkah amannya dunia ini! Anak-anak terpelihara dan terbela. Lebih ramai wanita mendapat habuan pahala dan dimuliakan kedudukannya di akhirat.

‘‘Sebenarnya kita harus berfikir adakah dengan berumah tangga itu sudah menjamin kebahagiaan dan pasangan kita tidak akan bercinta lagi? Adakah kita sedar bahawa fitrah alam semula jadi melakukan satu evolusi dalam kehidupan? Adakah kita peka terhadap perubahan emosi, fizikal, rohani dan minda pasangan kita?

‘‘Adakah kita kira dengan mempunyai anak tidak perlu lagi mempertingkatkan ilmu tentang kefahaman diri manusia, ilmu berkaitan rumah tangga dan perkara yang membahagiakan pasangan masing-masing terutamanya berkaitan hubungan seksual yang merupakan perkara penting buat lelaki dan wanita?

‘‘Saya amat sedih apabila membaca tajuk yang mengutuk kaum wanita dan salahkan lelaki yang membabitkan isu perceraian. Terutama wanita dituduh serta dilabelkan sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang lain. Bukan semua isteri kedua atau ketiga perosak rumah tangga, pisau cukur, perampas dan tidak baik. Bukan semua juga suami tak jujur. Dan bukan semua isteri pertama tamakkan suami.

‘‘Tetapi persoalannya berapa ramai isteri yang jujur, kasih dan sayang terhadap suaminya hingga sanggup mengetepikan rasa negatif tentang poligami dan bersedia berkongsi kasih.

‘‘Untuk menjawab soalan itu, wahai kaum wanita sekalian cuba tanya diri kita sendiri di manakah iman dan keikhlasan hingga menjadi sesuatu yang mustahil untuk mencapai keharmoniaan dalam berpoligami,’’ demikian rangkuman pandangan Farra Emelia dan teman-temannya tentang poligami dan hasratnya ingin berkahwin dengan suami orang tidak terlaksana kerana pendapat, pandangan dan kefahaman yang berbeza dari kebanyakan kaum wanita dan masyarakat amnya.

Lebih menyedihkan sikap kaum lelaki iaitu para suami sendiri yang penakut dan tidak berani berterus terang kepada isteri masing-masing untuk berkahwin lagi. Terutama kepada yang berumur lebih 40 tahun yang bimbang dengan keadaan rumah tangga baru yang akan dibinanya. Mereka bimbang hidupnya akan jadi seperti perumpamaan Melayu ‘yang dikejar tak dapat yang dikendong jatuh berciciran’.

Sebenarnya banyak sebab kenapa ramai suami takut berterus terang. Salah satu mungkin kerana kelemahan sendiri dari segi kedudukan kewangan yang tidak kukuh, seorang yang lemah, penakut tidak ada keyakinan diri dan lebih penting takut kepada isteri kerana kesalahan masa lampau.

:: nota kaki ::
knape ntah aku ditarik2 utk membaca bab poligami lak skang ni ....

sumber : utusan malaysia ( pacaindera ahad- dcck)

terpinggir 2

kehadiran dia yang tidak pernah aku jangka ... dia hadir secara tiba tiba...dan aku senang dengan kehadiran itu ... hingga detik aku menulis ini ...aku amat menyayangi dirinya lebih dari aku sayang diri aku sendiri.tapi adakah ia benar ataupun sememangnya aku sentiasa begini?
ketika aku menulis ini, aku amat terasa dengan tindak tanduk nya kebelakangan ini... adakah benar dia juga menyayangi aku? atau pun hanya kerna nafsu semata?
dia terlalu lebihkan famili? yaa itu aku tahu ..ia perlu sebegitu kerna dia ayah kepada 5 orang permata dan juga suami terhadap seorang isteri ... dan aku hanya sebagai kekasih gelapnya ... tiada siapa yang perasan dan tiada siapa yang ketahui ... status aku kini di mata keluarga aku hanya seorang insan yang tidak punyai sesiapa ...sebegitu juga dengan semua kenalan aku ...
aku tidak pernah mengingin kan sesiapa sekarang..hanya dia yang bertakhta di hati .. hanya dia yang aku pikir tanpa henti dan hanya dia yang mampu menyesakkan hati ....

:: nota kaki ::
tolong fahami aku

Friday, April 4, 2008

Tak pernah ingin bercinta lagi ...

aku tak pernah menginginkan diri ini bercinta lagi setelah aku kecewa dengan dia.bertahun aku sendiri, aku cuba tutup hati aku dari sesiapa pun yang ingin mendekati hampir 5 tahun aku berjaya mengosongkan hati aku dari sesiapa sahaja.Semua yang datang aku hanya anggap kawan , tak pernah lebih dari itu.Yang paling lama pernah singgah di hati ini selain dia hanyalah Adam... tapi dia pun tak selama mana , hanya 3 bulan dan selepas itu dia menghilang dari diri ini.Aku agak kecewa juga semasa kehilangan dia, aku anggap dia adalah penganti untuk ex aku ..tapi rupanya tidak...aku tersilap menilai kebaikan seorang lelaki.Dia hanya menginginkan aku menanggung segala duit untuk dia mmebeli dadah...aduh betapa bodohnya aku ketika itu.Habis wang gaji aku semata mata untuk dia...tapi aku tak pernah nampak itu...itulah kata orang bila hati sedang gembira dengan khayalan palsu..tiada apa yang dia nampak selain 'cinta kaca' ...
aku tak lama dengan dia..hanya setakat 3 bulan dan selepas itu dia datang kembali kepada aku..tetapi hanya untuk menyakitkan aku sedalam yang dia mampu ... dia dayang hanya kerna mahu aku membantunya untuk mendapatkan benda jijik itu....
sehingga dia mendapat kekasih yang baru...aku lepaskan dia pergi...walaupun pada dia ..aku yang ditinggalkan nya..... aku sempat berkenalan dengan kekasih barunya dan sempat menjadi teman rapat aku ketika mereka bersama.. dan terlalu banyak omelan bohong yang dia cerita pada kekasih barunya...terasa diri aku amat terhina di pandangan kekasih barunya dan juga keluarganya.... terima kasih untuk kata kata itu wahai Adam ... aku bukan sehina yang kau sangka ... sehina aku ..aku tak pernah dilabel sebegitu oleh masyarakat ...

:: nota kaki ::
sesalan yang aku hargai

Saturday, March 22, 2008

terpinggir 1

Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa sekarang.Terasa semua berbelah bahagi.Apa sahaja yang aku buat serba tak kena terasa tersepit di dalam pelbagai masalah.Macam sekarang ni aku di dalam masalah paling sakit aku rasakan.Masalah hati dan juga perasaan.Perasaan percintaan terhalang.Aku tak tahu aku didalam situasi yang macam mana sebenarnya.Puas aku bertanya pada diri, adakah sudah ditakdirkan aku termasuk di dalam golongan yang satu ini.Aku tak mahu dikatakan sebagai seorang perampas dan aku juga tak mahu menyakitkan hati sesiapa sahaja.Nak lagi kaum aku sendiri.Kadang kadang aku rasa aku sayang sangat kat dia , tetapi kadang kadang aku rasa aku tak layak nak menyayangi dia.Aku terrfikirkan apa yang akan dirasai oleh keluarganya.Sedih,kecewa,sakit hati?

:: nota kaki ::
hanya dia yang bertaktha di hati ...